fbpx

SAR Putri Nor Fatin, Muhammad Fikri Saliman ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (kanan) dan Azman memberi taklimat perkembangan operasi SAR tragedi kepala air Jeram Air Mawar di Balai Polis Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini terpaksa ditangguhkan awal ekoran faktor cuaca buruk.

Ketua Polis Daerah Terengganu, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi SAR yang masuk hari keempat itu ditanggguhkan pada pukul 5 petang ekoran hujan lebat yang turun sejak pukul 2 petang tadi.

“Berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan dan ribut petir diramal akan melanda kawasan pencarian sehingga petang esok.

“Semua pihak termasuk sukarelawan dinasihatkan mematuhi arahan ini kerana saya tidak berlaku tragedi di dalam tragedi,”katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hanyan memberitahu, pusat kawalan operasi SAR di Balai Polis Air Putih akan ditutup mulai esok dan digantikan pusat kawalan hadapan bomba yang akan dibuka di Seberang Tayor dan Jeti Awam Pasir Minal di sini mulai pukul 9 pagi.

Beliau berkata, selain faktor cuaca penutupan pusat kawalan operasi itu disebabkan ketiadaan petunjuk baharu berhubung pencarian dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, setakat ini.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, tumpuan pencarian mulai esok bakal menumpukan sektor A iaitu kawasan sekitar Jeram Mawar.

Beliau berkata, pencarian ditumpukan terhadap baki 60 peratus kawasan sektor A yang masih belum diterokai setakat ini selain sektor B sehingga kawasan perangkap sampah Sungai Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI