fbpx

Tragedi kepala air: Satu lagi mangsa dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar yang dijumpai di belakang Masjid Dadong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Satu lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air Jeram Awam, Air Putih dekat sini dijumpai hari ini.

Mayat perempuan tersebut ditemui di kawasan sungai berhampiran belakang Masjid Dadong di sini pada pukul 8.15 pagi.

Walau bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan pengecaman sedang dilakukan keluarga di pusat kawalan operasi di Balai Polis Air Putih di sini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan enam sekeluarga iaitu pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka yang menjadi mangsa tragedi kepala air terbabit telah dijumpai semalam.

Empat lagi mangsa termasuk tiga beradik iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dan Putri Nor Fatin Karim, 14.

Seorang lagi mangsa ialah Muhammad Fikri Saliman, 24, yang merupakan tunang Putri Balqis Izzati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI