fbpx

Mindef tunggu laporan penuh insiden letupan bom lempar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika berucap dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Pendidikan ATM, Penyampaian Dermasiswa Premium dan Sumbangan Komputer Riba, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan masih menunggu laporan siasatan berhubung kes seorang pelatih maut akibat bom lempar ketika latihan, di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, bulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu lembaga penyiasatan telah ditubuhkan membabitkan pihak bertanggungjawab termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneliti kejadian tersebut.

Tambah beliau, laporan berhubung kejadian itu akan dimaklumkan sebaik sahaja dimaklum oleh pihak yang menyiasat.

“Pihak Tentera Udara Malaysia (TUDM) sendiri telah mengadakan satu jawatan kuasa dalaman dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menyiasat.

“Adalah lebih baik untuk kita menunggu laporan jawatan kuasa siasatan dalaman membabit dua agensi itu,” katanya.

Mohamad berkata dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Penyampaian Dermasiswa Premium dan Sumbangan Komputer Riba, di sini, hari ini.

Jelas Mohammad, beliau masih belum memperoleh maklumat awal daripada lembaga penyiasatan tersebut.

“Kita tunggu sehingga mereka mengeluarkan laporan yang dibuat begitu teliti dan mengetahui tragedi seperti itu sama ada disebabkan oleh kecuaian atau masalah lain,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan TUDM mengesahkan berlaku insiden kemalangan melibatkan tiga anggotanya ketika menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, 25 Jun.

Kejadian tersebut membabitkan Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian dan dua jurulatih mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, seorang jurulatih yang parah akibat menjalani latihan menembak senjata bantuan dan bom lempar turut disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke dalam hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI