fbpx

Keputusan permohonan ke universiti, institusi pengajian Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2023/2024 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada Jumaat ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya memaklumkan, keputusan tersebut boleh disemak mulai hari tersebut pukul 12 tengah hari hingga 16 Julai 2023 pukul 5.00 petang.

“Keputusan boleh disemak melalui platform iaitu https://jpt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, https://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

“Melalui aplikasi mobile UPUPocket di telefon pula, pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 8 hingga 16 Julai di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 8 Julai setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai Jumaat ini, pukul 12 tengah hari sehingga 16 Julai, pukul 5 petang.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline® .

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui telefon 03-8684 2363, emel [email protected], Sistem Maklum Balas https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ atau UPUChat http://upu-chat.ml/UPUChat/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI