fbpx

Pelajar IPG dapat elaun RM450 sebulan, tidak perlu eBelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PUTRAJAYA- “Cukuplah apa yang saya sebut semalam, ini bukan kali pertama pelajar IPG tidak dapat (eBelia Rahmah), sebelum ini pun tidak dapat juga”.

Demikian respons Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai mengulangi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak menikmati bantuan kewangan itu kerana menerima elaun bulanan sebanyak RM450.

“Apabila bermulanya e-wallet ini, saya dimaklumkan oleh kumpulan menjaga STR (Skim Tunai Rahmah) dan eBelia bahawa bukan tahun ini mulanya tidak dapat (eBelia), tetapi sebelum ini pun tiada kerana terima elaun RM450 sebulan,” katanya pada pemberita pada Majlis Serahan Daging Korban kepada Kumpulan Sokongan 2 Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan memberi layanan berbeza kepada sebahagian pelajar berhubung inisiatif eBelia Rahmah.

Perkara itu dibangkitkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) apabila penuntut IPG dilaporkan tidak menerima manfaat inisiatif tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI