fbpx

Mount ‘senjata baharu’ terpadu Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT bakal menikmati gaji baharu bernilai £250,000 seminggu berbanding £80,000 di Stamford Bridge.

MANCHESTER – Manchester United akhirnya mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk mengikat khidmat pemain te­ngah skuad antarabangsa England, Mason Mount.

Pengurus United, Erik ten Hag telah mengenal pasti Mount, 24, sebagai senjata baharu The Red Devils tetapi beberapa kali gagal mencapai kata sepakat dengan Chelsea berhubung yuran perpindahan.

Akhirnya tawaran keempat United bernilai £55 juta (RM324.73 juta) dan tambahan £5 juta (RM29.52 juta) diterima Chelsea yang sebelum ini mele­takkan harga £70 juta (RM413.29 juta) terhadap Mount.

Difahamkan, The Blues membenarkan perancang tengah The Three Lions itu untuk menjalani ujian perubatan di Old Trafford sebelum diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu United.

Selepas ini, Mount bakal menikmati gaji baharu sebanyak £250,000 (RM1.47 juta) seminggu berbanding £80,000 (RM472,330) di Chelsea selepas menolak kenaikan bayaran yang ditawarkan bernilai £200,000 (RM1.18 juta) sebelum ini.

Ia menjadikan Mount pemain seterusnya meninggalkan Stamford Bridge selepas Kai Havertz, Kalidou Koulibaly, Edouard Mendy, N’Golo Kante, Mateo Kovacic, Hakim Ziyech dan Ruben Loftus-Cheek.

“Saya masih tidak percaya Chelsea melepaskan Mount yang akan menandatangani kontrak lima tahun bersama United. Ini kali kedua tonggak utama dilepaskan menyertai kelab ­musuh selepas Havertz (Arsenal).

“Chelsea membuat kesilapan besar kerana Mount adalah pemain terbaik Chelsea. Bagaimana anda boleh melepaskan pemain menyertai kelab yang akan mengecewakan anda selepas ini?” kata pundit bola sepak, Paul Merson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI