fbpx

Bank Negara tegur masyarakat terlibat aktiviti kumpulan dana meragukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Negara Malaysia

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati daripada terlibat atau menyertai aktiviti pengumpulan dana yang meragukan.

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Facebook rasminya berkata, setiap kempen pengumpulan wang yang wujud perlu dipastikan kesahihannya.

Gambar yang dimuat naik di Facebook rasmi BNM – Foto Ihsan BNM

“Sentiasa pastikan kesahihan apa-apa kempen pengumpulan dana sebelum mengambil bahagian.

“Berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana yang meragukan,” katanya dalam satu hantaran, semalam.

Tegas BNM, sekiranya masyarakat merasakan ragu-ragu, boleh menghubungi BNMLINK melalui bnm.my/LINK. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI