fbpx

Fenomena Liga Pro Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT bola sepak Arab Saudi mengalu-alukan kehadiran bekas bintang Real Madrid, Karim Benzema ke kelab Al-Ittihad di stadium di Jeddah baru-baru ini. - AFP

JENDELA perpindahan pemain pada musim panas di Eropah ketika ini sukar digambarkan sama ada masih memberi keterujaan atau sudah hilang pesonanya dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.

Apa tidaknya, sejak kelab Riyadh Al-Nassr menandatangani Cristiano Ronaldo, salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dan manusia paling popular di Instagram dengan hampir 600 juta pengikut, maka muncul fenomena pemain bintang berhijrah ke Liga Pro Arab Saudi.

Kahadiran Ronaldo ternyata meninggalkan impak besar kepada Liga Pro Arab Saudi apabila hak penyiaran liga tersebut dilaporkan telah dijual kepada 36 wilayah luar negara selain pengikut Instagram Al Nassr melonjak dari sejuta kepada 15 juta.

Selain Ronaldo, kini bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Karim Benzema dan Ngolo Kante dari Chelsea turut menyertai kelab Il-Ittihad, malah sejumlah bintang lain dijangka turut dikatakan akan memilih berhijrah ke Arab Saudi atas satu sebab iaitu tawaran kontrak terlampau lumayan.

Mungkin peminat bola sepak boleh memahami sekiranya pemain di penghujung karier mahu berhijrah ke Arab Saudi kerana faktor kewangan, namun bagaimana bintang yang baru meningkat naik dan berada di puncak permainan.

Apa yang menariknya, negara jiran dan pesaing dalam industri sukan mula memerhati perkembangan Arab Saudi dengan teliti susulan liganya sudah menjadi dominan terutamanya dari segi populariti.

Kelab-kelab yang menandatangani bintang tersebut sememangnya kelab kuat dan kini bertambah-tambah kuat, sekali gus menarik peminat di negara berdekatan membuat lebih banyak lawatan ke Arab Saudi, mengambil peluang menyaksikan pemain legenda.

Sebenarnya, Arab Saudi sudah lama menjadi kuasa besar bola sepak di Timur Tengah, bahkan pasukan kebangsaan negara tersebut sudah enam kali membuat penampilan pada Piala Dunia dan dua Piala Asia.

Selain itu, beberapa pasukan kelab Arab Saudi turut cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara Asia dan kini negara itu mempunyai cita-cita global yang lebih besar serta mahu memberi implikasi meluas di seluruh rantau tersebut.

Empat kelab terbesar pada Liga Pro Arab Saudi iaitu Al-Ittihad dan Al-Ahli dari Jedah dan Al-Hilal dan Al- Nassr dari Riyadh telah diambil alih oleh Dana Pelaburan Swasta (PIF) Arab Saudi bar-baru ini, sekali gus menandakan langkah pertama ke arah penswastaan.

Tujuan Arab Saudi melakukan penswastaan pastinya untuk meningkatkan prestasi komersial kelab, dalam erti kata lain penjanaan hasil dalam penyiaran, penajaan, tawaran komersial, dagangan bahkan pelaburan.

Sasarannya ialah menyertai jenama global seperti Manchester United, Real Madrid dan Bayern Munich dalam ranking 20 teratas Deloitte Money League.

Ia mungkin kedengaran tidak masuk akal tetapi pelaburan besar dalam sukan boleh membawa perubahan pantas dan akhirnya, Arab Saudi akan mendapat manfaat paling banyak dengan mengumpul bintang-bintang terbaik dan menjadi liga paling tinggi ditonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI