fbpx

Misi Pegase23 eratkan hubungan antara FASF dan TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayub Khan (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SUBANG – Empat buah pesawat tempur Rafale milik Tentera Udara dan Angkasa lepas Perancis (FASF) akan mengadakan latihan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Misi Pegase23 di Pangkalan Udara Subang.

Selain Rafale, dua pesawat pengisi bahan bakar Phénix A330 MRTT (Multi Role Tanker Transport) dan sebuah pesawat pengangkut A400M Atlas turut terlibat dalam misi selama tiga hari bermula semalam.

Timbalan Ketua Staf 1, Markas Pemerintahan Operasi Udara Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Ayub Khan Mohammad Khan berkata, latihan bersama itu adalah kolaborasi kali pertama TUDM dan FASF pada Misi Pagase23.

Jelasnya, bagi pihak TUDM, latihan tersebut melibatkan beberapa aset termasuk pesawat pengangkut A400M, pesawat pengangkut SU-30MKM dan pesawat F/A-18D (Hornet).

“Latihan bersama seperti ini dilihat bakal mengeratkan lagi kerjasama baik dan interoperability di antara TUDM dan FASF selari dengan keadaan persekitaran geopolitik semasa.

“Kami memahami objektif FASF untuk bergerak kemana-mana sahaja dengan aset yang mereka ada. Saya dimaklumkan FASF akan berhenti di 10 negara dan melakukan 14 interaksi dengan rakan kerjasama di mana membantu meningkatkan industri aeronautik. Kami berterima kasih kepada FASF kerana menjayakan perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Sementara itu, Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau berkata, Misi Pégase23 akan singgah di 11 persinggahan melibatkan 10 negara menerusi kerjasama dengan 14 tentera udara rakan kongsi.

Beliau berkata, Pegase23 itu melibatkan 10 pesawat tempur Rafale, lima pesawat pengisi bahan bakar Phénix A330 MRTT dan empat pesawat pengangkut A400M Atlas bersama lebih 320 kru FASF.

“Bagi latihan di Malaysia, sebanyak empat buah pesawat tempur Rafale dua MRTT dan sebuah A400M akan menjalani latihan bersama TUDM sebelum kembali ke Perancis.

“Kedutaan Perancis ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia kerana mengalu-alukan misi ini dan latihan bersama yang akan dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI