fbpx

Malaysia lebih yakin potensi pelaburan bersama Laos – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Laos hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia kini lebih yakin dengan peningkatan potensi pelaburan yang ditunjukkan Laos dalam bidang tenaga boleh diperbaharui selepas perkembangan positif dicatatkan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dibuktikan menerusi peningkatan pelaburan dalam bidang tersebut melonjak sebanyak 425 peratus pada tahun lalu.

Menurut Anwar, beliau percaya akan wujud lebih banyak lagi peluang pelaburan mampu direalisasiian selepas meneliti potensi lain yang ada di Laos.

“Saya percaya ia boleh disegerakan dan dipercepatkan selepas melihat banyak potensi. Saya perlu berterima kasih kepada kerajaan dan sokongan anda untuk usaha kami.

“Kami telah berada di sini pada mulanya dengan loji hidro dan kami melihat Tenaga Nasional Berhand (TNB) menyertai usaha itu dan dari segi teknologi boleh diperbaharui yang mempunyai potensi sangat besar.

“Kerjasama antara TNB dan Electricite du Laos (EDL) dalam tenaga boleh diperbaharui adalah atas sokongan rakyat dan sokongan kerajaan anda,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung bersama Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone sempena lawatan rasmi Anwar ke Laos di Vientiane hari ini.

Terdahulu, Anwar bersama Siphandone mengadakan mesyuarat dua hala selain menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Pelabuhan Kering (TDP).

Kedua-dua pemimpin negara itu juga menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara TNB dan EDL.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengalu-alukan penglibatan Laos untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang industri halal yang sememangnya sinonim dengan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI