fbpx

Kajol nak bersara, netizen anggap gimik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL

SEKALI lagi perkongsian bintang Bollywood tersohor, Kajol mengundang perhatian apabila memaklumkan mahu mencari kerja baharu.

Semua itu seolah-olah Kajol cuba menyatakan keinginannya untuk bersara daripada pekerjaan yang dilakukan sejak 30 tahun lalu.

Dalam video terbaharunya Instagramnya, bintang Kuch Kuch Hota Hai itu menjelaskan ingin berehat seketika daripada kerjaya seni selepas melalui fasa sulit.

Kajol juga memberitahu ada beberapa individu menawarkan projek baharu tetapi terpaksa ditolak kerana ingin fokus menjaga anak-anak.

Begitupun, ramai peminat tidak lagi mempercayai kata-katanya apabila sebelum ini isteri kepada Ajay Devgan itu membuat gimik konon-kononnya mengalami depresi.

Tidak sampai tiga hari, dia membuat pengakuan perkara berkenaan sebenarnya hanya gimik untuk sebuah program televisyen, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI