fbpx

Penyamun geng Stallone dicekup ketika ‘lalok’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT -Dua penyamun berparang geng Stallone dicekup ketika sedang khayal dadah di dalam sebuah rumah kosong di Taman Sentosa, Klang dekat sini, baru-baru ini.

Penangkapan kedua-dua suspek lelaki berusia 28 dan 30 tahun dilakukan pada pukul 2.30 petang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, kedua-dua mereka dikehendaki selepas melakukan samun bersenjata terhadap seorang pekerja di sebuah hotel di Sungai Jarom pada 15 Jun lalu.

Katanya, dalam kejadian tersebut mangsa berusia 19 tahun mengalami kerugian sebuah unit telefon bimbit jenis Samsung.

“Semasa serbuan didapati kedua-dua suspek sedang khayal dadah di sebuah rumah kosong yang dijadikan sarang penagihan.

“Polis turut merampas dua buah telefon bimbit termasuk jenis Samsung dan Vivo dengan salah satunya milik mangsa selain sebilah parang digunakan ketika samun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan ahli geng Stallone dan telah aktif sejak tiga bulan lalu.

Tambah Ahmad Ridhwan, ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine selain semakan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI