fbpx

PRN: DUN Kedah bubar 28 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menunjukkan surat perkenan pembubaran DUN Kedah selepas menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 bakal dibubarkan secara rasmi pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) bersama lima negeri lain iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tarikh pembubaran tersebut telah diperkenankan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada pagi tadi.

Sehubungan itu katanya, pentadbiran negeri ini akan dijalankan oleh kerajaan interim bermula dari tarikh tersebut.

“Segala fungsi kerajaan akan berlangsung seperti biasa sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk selepas PRN. Saya telah mendapat garis panduan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Nik Azhan Hakim Nik Mahmood yang akan dilaksanakan kerajaan interim tersebut.

“Masih ada Mesyuarat Exco untuk meluluskan perkara-perkara penting, walau bagaimanapun, sebarang kelulusan melibatkan dasar mahupun kewangan yang tidak diluluskan dalam belanjawan sebelum ini, tak boleh dilaksanakan.

“Apa yang ada selepas pembubaran ini adalah pelaksanaan kerja-kerja rutin melibatkan perkara yang telah diluluskan dalam DUN atau Mesyuarat Exco sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI