fbpx

LaLaport Bukit Bintang himpun peminat Ultraman Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar Final Tour Ultraman Decker, di LaLaport Bukit Bintang, Kuala Lumpur, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kompleks beli-belah, LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), menjadi lokasi terpilih bagi menghimpunkan ribuan peminat siri Ultraman di seluruh Malaysia bermula 10 Jun lalu sehingga 2 Julai 2023.

Penganjuran Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung di sini, hari ini, menampilkan barisan pelakon daripada francaisnya iaitu Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino).

Penganjuran ini merupakan acara rasmi Ultraman bersama peminat dan ia pertama kali diadakan di Malaysia hasil kerjasama di antara LaLaport, Astro Malaysia dan Tsuburaya Productions untuk menjadikan siri superhero Jepun ini sebagai tarikan utama pengunjung terutamanya dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.

Selepas pengakhiran siri Ultraman Decker, Tsuburaya Productions telah mengumumkan entri seterusnya dalam francais Ultraman iaitu Ultraman Blazar.

Kemunculan Ultraman Blazar merupakan siri ke-33 dalam francais dan akan ditayangkan bermula 8 Julai 2023 di Malaysia menggunakan sari kata dalam Bahasa Melayu.

Lebih menarik, acara yang diadakan hampir sebulan ini turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung seperti kiosk penjualan barangan jenama Ultraman, taman permainan, sesi bergambar dan Meet & Greet bersama Ultraman.

Selain itu, program ini juga menyajikan pameran berkonsepkan kostum Ultraman, paparan patung Ultraman dan Kaiju di pelbagai sudut di Lalaport Kuala Lumpur, serta tayangan siri-siri Ultraman dan persembahan aksi daripada barisan pelakon yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI