fbpx

5,000 peminat e-Sukan hadir Gamers Gig Expo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat e-Sukan hadir memeriahkan Gamers Gig Expo yang berlangsung selama dua hari.

PETALING JAYA – Lebih 5,000 peminat e-Sukan hadir pada acara “Gamers Gig Expo (GG Expo)” E-Sukan anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam yang berlangsung semalam dan hari ini di Homebois Pitstop, di sini.

UiTM dalam satu kenyataan berkata, acara itu merupakan hasil projek akhir yang dianjurkan oleh Empyrean iaitu sebuah kumpulan pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan di bawah seliaan Dr. Masrur Mohd. Khir dan Nor Azzura Nordin.

Katanya, acara berkenaan disertai 72 kumpulan terdiri daripada penyertaan pelajar UiTM, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain, serta peminat-peminat e-Sukan dari kalangan orang awam yang berminat dalam dunia e-Sukan.

“GG Expo akan terus membantu membangunkan industri e-sukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu.

“Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan mengenai industri e-Sukan yang mampu memberi impak ekonomi besar,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir merasmikan acara itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

“Kejohanan pertama kali dianjurkan ini juga menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 bagi Mobile Legend : Bang Bang dan PUBG.

“Selain itu, program dua hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan e-Sukan untuk Mobile Legends dan PUBG, sesi GGTalk yang membangkitkan pemikiran, pameran daripada organisasi yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan dunia e-Sukan, dan banyak lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI