fbpx

Putus Terpaksa versi Elly Mazlein menyengat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Elly mendendangkan lagu Putus Terpaksa mendapat pujian ramai.

SELAIN dikecam kerana aksi menari sambil berguling, Elly Mazlein turut menuai pujian ramai menerusi nyanyian lagu Putus Terpaksa dendangan asal Ziana Zain pada konsert Big Stage minggu lalu.

Walaupun hanya menyanyikan bahagian korus, rata-rata peminat memujinya kerana bijak mengawal suara.

Mereka berpendapat, Elly seorang penyanyi yang baik tetapi perlu sentiasa diasah bakatnya.

“Gempak gila, terus masuk bahagian korus dan high note. Stamina Elly memang nombor satu,” komen netizen.

“Ini balas dendam sebab tersingkir GV dulu ke, apapun nyanyian Elly semakin bagus,” puji seorang lagi netizen.

Sementara itu, persembahan rakan hosnya, Rina Nose beraksi persis Lisa Blackpink turut meraih pujian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI