fbpx

Lelaki kongsi resipi telur dadar lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuocheng memakan telur dadar lipas yang dibiaknya sendiri. - YouTube

TAIPEI, Taiwan – Seorang lelaki di Taiwan berkongsi idea tentang resipi masakan lipas kepada ahli-ahli kumpulan Facebook seni masakan, lapor laman berita Taiwan English News.

Sun Kuocheng ditemu bual oleh laman berita China Times selepas video memaparkan dia makan telur dadar bersama lipas tular di media sosial.

Menurut Kuocheng, dia pada awalnya berkongsi resipi itu kepada ahli kumpulan tersebut. Apabila mereka tidak mempercayai bahawa dia memakan lipas, dia merakam video itu sebagai bukti.

Kuocheng membiakkan lipas Dubia di rumah sebagai makanan untuk haiwan-haiwan reptilia peliharaannya. 

Baru-baru ini, lipas itu membiak dengan banyak sehinggakan haiwannya tidak mampu menghabiskannya jadi dia memakannya sendiri.

Kata Kuocheng, lipas itu tidak mempunyai bau yang pelik, mempunyai sedikit rasa cendawan dan mempunyai rasa seakan udang pada kulitnya.

Da telah memakan lipas itu selama beberapa hari dan dapat merasakan perubahan pada tubuhnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI