fbpx

Bateri boleh menghakis hidung sekiranya lambat dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ujian imbasan X-Ray perkongsian daripada doktor Shaiful di Twitter miliknya

PETALING JAYA – Bendasing seperti bateri tersumbat di dalam hidung kanak-kanak boleh mengakibatkan komplikasi serius sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Menerusi perkongsian pakar bedah Telinga, Hidung, dan Tekak, (ENT) Doktor Shaiful Nizam di Twitter, kes kanak-kanak tersumbat bendasing di dalam hidung, merupakan salah satu kes kecemasan bagi pakar (ENT).

Doktor Shaiful juga, turut menceritakan bagaimana dia berjaya mengeluarkan bateri dari dalam hidung seorang kanak-kanak di Twitter miliknya.

“Semasa “oncall” saya berjaya mengeluarkan bateri dari hidung seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

“Keadaan dalaman hidung juga masih lagi ‘intact, tiada komplikasi serius”katanya.

Tambahnya, komplikasi seperti hidung berlubang atau “septal perforation” boleh terjadi, akibat daripada kesan hakisan bahan kimia bateri tersebut.

“Sifat bateri boleh menghakis struktur dalaman dan ‘mucosa’ hidung jika lambat dikeluarkan,” katanya.

Bukan itu sahaja, menurut doktor Shaiful, tanda-tanda awal sekiranya anak anda terlekat bendasing di dalam hidung, akan keluar hingus yang berbau.

Doktor Shaiful juga mengingatkan ibu bapa terutamanya, untuk segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan komplikasi serius. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI