fbpx

Potongan 25 peratus cukai taksiran kediaman rumah mampu milik WPKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) selepas merasmikan Majlis Perasmian Tempat Letak Kereta Taman Tasik Metropolitan Kepong, di sini, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan pengurangan cukai taksiran harta sebanyak 25 peratus bagi kategori kediaman rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Pengurangan itu melibatkan kategori kediaman rumah mampu milik WPKL yang telah siap selepas tahun 2014 sehingga sekarang, bermula penggal kedua tahun 2023 (Julai hingga Disember 2023 sehingga penilaian semula dibuat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil kerat keluhan rakyat mengenai kos sara hidup yang tinggi di WPKL.

“Pengurangan cukai taksiran ini akan memberi manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik yang melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM2.067 juta setahun.

“Kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif ini adalah Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Tempat Letak Kereta (TLK) Taman Tasik Metropolitan Kepong, sebentar tadi.

Anwar berkata, pengurangan cukai taksiran kediaman rumah mampu milik ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup warga B40 dan M40 di WPKL.

“Dengan pengurangan ini, diharap pemilik kediaman dapat menjelaskan cukai taksiran bagi membolehkan DBKL memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik.

“Jesteru, bagi meringankan beban rakyat, kerajaan putuskan supaya cukai taksiran harta bagi kategori kediaman rumah mampu milik di WPKL yang telah siap selepas tahun 2014 sehingga sekarang, diberi pengurangan 25 peratus.

Anwar melbuat pengumuman tersebut ketika berucap di Majlis Perasmian Tempat Letak Kereta (TLK) Taman Tasik Metropolitan Kepong, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI