fbpx

Penunggang maut, Ducati Panigale langgar MyVi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal jenis Ducati Panigale ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Petronas Sungai Soi di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal berkuasa besar maut selepas motosikal jenis Ducati Panigale ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Petronas Sungai Soi di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa Khairul Azhan Mohd Naim,27, dalam pejalanan dari arah Kuantan ke Pekan.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika penunggang motosikal sedang bergerak lurus kereta jenis Perodua MyVi telah keluar dari simpang kiri secara mengejut menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat megelak dan melanggar bahagian pintu kanan hadapan kereta.

“Akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian rusuk kanan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan terdapat simpang tiga dengan Sistem jalan dua lorong satu hala.

“Semasa kejadian permukaan jalan adalah rata dan jalan kering dalam keadaan cuaca baik dengan tahap pencahayaan waktu malam,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI