fbpx

Mesra Agong pegang tangan bersama Sultan Selangor di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong (kiri) dan Sultan Selangor ketika menziarah Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi, semalam.

PETALING JAYA – Gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpegangan tangan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi, mencuri perhatian pengguna media sosial hari ini.

Menerusi perkongsian di akaun rasmi Facebook Istana Negara, kemesraan mereka jelas kelihatan ketika baginda berdua berkenan berangkat bersama menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W., semalam.

“Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat-solat sunat di pekarangan makam Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.

“Turut berangkat sama, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Selesai solat Isyak, baginda berdua disertai Raja Permaisuri Agong dan Tengku Permaisuri Selangor membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Al-Sultan Abdullah dan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menziarahi makam dan Raudhah Junjungan Mulia Nabi Muhammad di Masjid Nabawi, Madinah.

Ujarnya, ianya turut disusuli dengan keberangkatan ke Raudhah Nabi Muhammad S.A.W untuk menunaikan solat sunat di situ.

Tambahnya lagi, Seri Paduka berdua serta delegasi juga dijadualkan berangkat ke Kota Suci Mekah hari ini, untuk menunaikan ibadah haji.

Terdahulu, Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua telah diadakan di Istana Negara, Rabu lalu.

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor pula berangkat ke Tanah Suci pada Selasa bagi menunaikan ibadah haji hingga 4 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI