fbpx

KPKT lulus peruntukan RM211.405 juta untuk P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (dua dari kanan) ketika hadir pada Program Penyenggaraan Perumahan di Dewan Bandaraya Pulau Pinang hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM211.405 juta bagi menaik taraf infrastruktur awam serta membina 1,000 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata, peruntukan dana tersebut menerusi 41 projek termasuk dua projek PPR bernilai RM200 juta di bahagian pulau dan Seberang Perai merupakan sentuhan ‘kasih sayang’ daripada Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Peruntukan berjumlah RM211.405 juta menerusi 41 projek di Pulau Pinang adalah peruntukan paling besar yang pernah diberikan kepada Pulau Pinang.

“Sebelum ini Pulau Pinang dianaktirikan, namun di bawah Kerajaan Madani saya jamin tidak akan berlaku perkara sedemikian, tidak ada negeri yang akan dianaktirikan, kita akan berlaku adil dan saksama kepada semua negeri,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di sini hari ini.

Terdahulu, Kor Ming menyempurnakan majlis penyerahan peruntukan Tabung Penyelenggaran Perumahan Malaysia (TPPM) dan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP).

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, beliau memuji tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyediakan tapak tanah iaitu di Jelutong dan Kepala Batas secara percuma kepada KPT bagi pembinaan rumah PPR. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI