fbpx

Aktiviti seleweng minyak diesel rampasan hampir RM160,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori tangki, tiga buah lori 'bonded' dan 19 unit tangki Intermediate Bulk Container (IBC) telah disita dalam serbuan di Kampung Kebuh Jimah Bukit Pelanduk di sini. -Foto KPDN NEGERI SEMBILAN.

PORT DICKSON – Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan keseluruhan bernilai hampir RM160,000 berjaya ditumpaskan pihak berkuasa dalam serbuan di premis terbuka di Kampung Kebun Jimah, Bukit Pelanduk di sini semalam.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhammad Zahir Mazlan berkata, aktiviti tersebut telah dikesan dan diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Cawangan Risik Batalion 6 Pusat Gerakan Am (PGA) Bakri di Muar, Johor dalam serbuan dijalankan pada pukul 2 pagi.

“Dalam serbuan tersebut PDRM telah menahan lapan orang lelaki warga tempatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Serahan kes kepada pasukan penguat kuasa KPDN Port Dickson telah dibuat di lokasi kejadian semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Zahir, dalam operasi itu turut disita 10,500 liter minyak diesel bernilai RM22,575, sebuah lori tangki, tiga buah lori ‘bonded’ dan 19 unit tangki Intermediate Bulk Container (IBC) bagi tujuan siasatan lanjut dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM159,375.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI