fbpx

Bekas Juara dunia latih atlet taekwondo negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASON dan Nurul Hidayah beraksi dalam acara poomsae berpasangan (lelaki & wanita) pada Sukan SEA Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei lalu.

SEBAGAI persiapan menghadapi Sukan Asia Hangzhou, China pada 23 hingga 8 Oktober depan, Taekwondo Malaysia (TM) dilihat serius untuk membawa pulang pingat buat Malaysia apabila membawa masuk bekas juara dunia dari Korea Selatan sebagai jurulatih.

Setiausaha Agung TM, R. Dhanaraj berkata, dua jurulatih khas dari Korea Selatan dipanggil untuk membantu atlet negara bagi meningkatkan teknik dalam kategori freestyle poomsae.

Katanya, persatuan terpaksa mendapatkan kepakaran Korea memandangkan atlet yang bersaing dalam poomsae perlu beraksi dalam dua kategori iaitu freestyle dan tradisional pada Sukan Asia.

“Atlet yang beraksi dalam sai­ngan poomsae perlu bertanding dalam dua acara iaitu freestyle dan tradisional. Ini bermaksud, seorang atlet akan beraksi ke­dua-dua kategori berkenaan.

“Disebabkan freestyle lebih kepada akrobatik, jadi kita akan jemput jurulatih khas Korea yang memang pakar dalam akrobatik. Lee Woo Jin dan Kim Jin Man dari Korea ini adalah bekas juara dunia dan mereka akan bantu atlet negara selama sebulan.

“Dua jurulatih tersebut akan tiba di Malaysia pada 24 Jun ini dan mereka akan melatih atlet negara. Selepas itu, mereka akan sertai kejohanan luar pada 5 hingga 10 Ogos depan sebagai persiapan ke China nanti,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan atlet ke Sukan Asia bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Pada mesyuarat tersebut, TM menjelaskan bahawa MOM bersetuju untuk menghantar tiga atlet ke temasya empat tahun sekali itu.

“Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan, dua atlet dari displin poomsae iaitu Nurul Hidayah Abdul Karim dan Jason Loo layak untuk ke Sukan Asia kerana mempunyai prestasi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MOM selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam kejohanan dunia tahun ini.

“Kita juga sedang berusaha untuk memastikan seorang lagi atlet taekwondo negara, Syafiq Zuber yang meraih emas acara kyorugi pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini tersenarai ke Sukan Asia nanti. Ketika ini, pihak MOM mempertikai kedudukan Syafiq ke Sukan Asia. Pihak persatuan akan buat rayuan supaya Syafiq diserapkan ke Sukan Asia atas tiket Kategori B1,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI