fbpx

Lesen pusat urut tidak diperbaharui jika jalankan kegiatan tidak bermoral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Mesyuarat Exco terakhir Kerajaan Negeri Kedah hari ini memutuskan untuk menilai semula kelulusan lesen premis pusat urut dan refleksologi kerana ada yang menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau menerima taklimat mengenai perkara itu daripada Exco dan pihak berkuasa susulan laporan menyatakan berlaku kegiatan ‘lain’ di premis terlibat.

Susulan itu katanya, satu operasi bersepadu dilakukan polis, imigresen, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat Daerah Kota Setar bersama Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri pada 17 Jun lalu.

“Mungkin kerana maklumat mengenai serbuan itu ‘bocor’, maka tak ditemui kegiatan tidak sihat sewaktu serbuan dilakukan. Jika pemantauan selepas ini mendapati masih terdapat kegiatan lain selain daripada yang dilesenkan, maka lesen pusat urut dan refleksologi itu tidak akan diperbaharui.

“Walaupun DUN dibubar dalam masa terdekat, tetapi pihak berkuasa termasuk polis, imigresen serta PBT akan terus bekerja seperti biasa dan mereka akan laksanakan perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI