fbpx

Hanya 3,000 wanita carum Perkeso suri rumah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Abi (tiga kanan) menyerahkan bayaran faedah itu kepada waris Muhamad Daniel dengan disaksikan Dzulkefly (kiri) di Kampung Parit Mahang, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Hanya 3,000 wanita berusia bawah 55 tahun di Selangor mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat ini.

Statistik itu menunjukkan bahawa tahap kesedaran golongan berkenaan masih rendah sejak ia mula dilaksanakan hujung tahun lalu.

Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim berkata, pihaknya menyasarkan seramai 80,000 wanita mencarum skim khas berkenaan pada 2023 dan sasaran itu bagaimanapun dianggap masih jauh kerana jumlah pencarum amat kurang di negeri ini.

“Keadaan itu mungkin berpunca faktor kesedaran dan pengetahuan yang rendah mengenai faedah caruman SKSSR yang mahu baharu tersebut.

“Kadar caruman berjumlah hanya RM120 setahun itu terbuka kepada semua wanita termasuk suri rumah dengan pelbagai faedah perubatan, tanggungan dan khairat kematian,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bayaran faedah Perkeso kepada seorang mangsa kemalangan di Kampung Parit Mahang di sini, hari ini.

Bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUP) dan Elaun Layan Sentiasa (ELS) itu diserahkan kepada Muhamad Daniel Musa, 22, yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada Mei 2021 dengan disaksikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Tambah Ismail Abi, tiga pencarum yang melibatkan kematian sudah menerima faedah menerusi caruman itu tahun ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI