fbpx

Scammer dikesan guna taktik baharu perdaya mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis Perak mengesan modus operandi terbaharu ‘scammer’ yang memperdayakan mangsa menggunakan paparan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo pasukan penguat kuasa itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, dua laporan polis diterima daripada mangsa yang tertipu dengan modus operandi itu di mana membabitkan kerugian hampir ratusan ribu.

Katanya, modus operandi berkenaan juga menggunakan tandatangan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perlis.

“Kes pertama pada Rabu lalu membabitkan seorang peniaga kedai makan di Teluk Intan yang menerima panggilan telefon kononnya terdapat kiriman bungkusan mengandungi barang terlarang atas namanya.

“Mangsa juga dikatakan terlibat dengan kes berkaitan dadah dan penggubahan wang haram selain mempunyai waran tangkap polis,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, notis kehadiran yang mempunyai logo polis dan penjawatan Ketua Polis Perak telah dihantar oleh sindiket berkenaan ke telefon bimbit mangsa.

Bagaimanapun katanya, dalam kes itu mangsa tidak terpedaya dan tidak mengalami kerugian sebaliknya hadir ke balai polis bagi membuat laporan.

“Bagi kes kedua pula membabitkan seorang pensyarah di sebuah universiti di Perak yang menerima notis kehadiran mempunyai logo polis dengan ditandatangani Ketua Polis Perlis.

“Mangsa yang takut kerana didakwa terlibat kes penyeludupan dadah dan penggelapan wang berjumlah RM2.8 juta telah mendedahkan maklumat peribadi dan banknya hingga mengalami kerugian sebanyak RM98,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI