fbpx

Kelonggaran perolehan projek kecil bagi penyelenggaraan , pembaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran dalam urusan perolehan kerja di bawah Arahan Perbendaharaan (AP)182 bagi membolehkan projek- projek berskala kecil di seluruh negara dapat dipercepatkan.

Kementerian Kewangan berkata, kelonggaran itu turut melibatkan pengecualian ke atas AP182 kepada semua kementerian serta agensi pelaksana di semua peringkat dengan had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil.

“Ini bermakna, semua projek Persekutuan merangkumi penyelenggaraan dan pembaikan bernilai RM1 juta boleh dilaksanakan terus oleh kementerian dan agensi terlibat.

“Ia termasuk termasuk di semua peringkat negeri serta daerah tanpa perlu melalui Jabatan Teknik termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, pengesahan kerja siap juga boleh dibuat ketua jabatan atau pegawai diturunkan kuasa di peringkat agensi pelaksana negeri serta daerah dengan mematuhi kesempurnaan kerja mengikut tadbir urus baik.

“Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan satu Pasukan Pemantau Projek sama ada di peringkat negeri atau daerah dengan penglibatan beberapa agensi bagi memantau penyelenggaraan dan pembaikan kecil memenuhi objektif ditetapkan.

“Kelonggaran ini berkuat kuasa serta merta sehingga 31 Disember 2023 bagi memastikan memastikan kerja-kerja tersebut siap dalam tahun semasa,”’jelasnya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga bersetuju memberi kelonggaran kaedah perolehan bagi semua projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil.

Susulan itu, had nilai sebut harga perolehan kerja ditingkatkan kepada RM1 juta daripada RM500,000 selain perolehan secara cabut undi ditingkatkan kepada RM200,000 daripada RM100,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI