fbpx

Gesa kerajaan kurangkan penjawat awam, PN perlu mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahredzan Johan.

PETALING JAYA – Gesaan seorang jurucakap parti dalam Perikatan Nasional (PN) supaya kerajaan mengurangkan jumlah penjawat awam sebagai langkah untuk berjimat dibantah Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Syahredzan yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP berkata, kenyataan tersebut yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini adalah tidak wajar.

“Seorang jurucakap (DUN Sungai Pinang, Mok Kok On) telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjawat awam merupakan beban kepada negara.

“Dia juga menggesa kerajaan untuk antara lain mengurangkan bilangan penjawat awam.

“Sebagai Ahli Parlimen Bangi, saya membantah kenyataan ini yang langsung tidak membantu dan hanya mengguris hati penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Syahredzan turut menggesa pimpinan PN untuk membuat permohonan maaf berhubung perkara tersebut kerana menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam.

Terdahulu, dalam hantarannya, Kok On berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat fakta bahawa hutang luar negara terus meningkat selain rizab tukaran asing semakin jauh.

“Sekarang, kerajaan sepatutnya mengecilkan saiz perkhidmatan awam, bukan sebaliknya menambah kakitangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI