fbpx

Dewan Negara: Kerajaan sedia bantu kembangkan produk pelancongan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan produk-produk baharu pelancongan di Kelantan.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, langkah itu selaras dengan halatuju kementerian dan keutamaan
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Unit Perancang Ekonomi.

Jelasnya, kerajaan sedia membantu menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan di Negeri Kelantan demi menyokong industri pelancongan tempatan sekaligus menjana ekonomi setempat.

Bagaimanapun katanya, aspek penyelenggaraan secara berkala dan pengurusan pengoperasian perlulah diberi perhatian yang sewajarnya selepas projek dilaksanakan dan diserahkan kepada agensi pemilik.

Sebagai bukiti katanya, sebelum ini MOTAC telah meluluskan sebanyak RM7,732,980 bagi melaksanakan 39 projek di Negeri Kelantan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) hingga tempoh Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12) (RP1 sehingga RP3).

“Ia termasuklah RM150,000 di bawah program Pemerkasaan Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Tahun 2022 bagi Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Pelancongan Di Kolam Air Panas, Jeli, Kelantan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Mohd Apandi Mohamad yang mahu kerajaan menyatakan bentuk program dan bantuan kewangan untuk membantu memperkenalkan destinasi produk pelancongan di Kelantan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI