fbpx

Shah Firdaus ‘tagih’ basikal baharu secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS (belakang) terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan basikalnya hancur musnah pada ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai baru-baru ini.

PELUMBA berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom bakal berdepan masalah untuk mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas dua buah basikal WX-R yang dibekalkan kepadanya ketika ini musnah teruk.

Justeru, pelumba kelahiran Johor tersebut berharap dia dibekalkan basikal baharu secepat mungkin kerana selepas ini dia akan menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland yang membuka tirai pada Ogos depan.

Selepas itu, Shah Firdaus akan melakukan persiapan ke Sukan Asia yang akan membuka tirai pada 23 September depan di Hangzhou, China.

Sebelum ini, basikal Shah Firdaus mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran ketika bersaing dalam acara keirin kelmarin pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai menyebabkan pelumba itu tiada basikal khas untuk perlumbaan sebenar.

Shah tidak mempunyai pilihan lain apabila terpaksa menggunakan basikal simpanan yang merupakan prototaip pertama basikal WX-R ketika aksi akhir yang menyaksikan dia berjaya meraih pingat gangsa, di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano dan juara, Datuk Azizulhasni Awang. 

Sebelum ini, Shah Firdaus juga terbabit dalam kemalangan pada Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II, dua minggu lalu dan menyebabkan basikalnya juga hancur musnah.

“Tahun ini mencabar buat saya kerana dua kali kemalangan dan basikal musnah. Saya sudah bertanya pada John Beasley (ketua jurulatih) bila saya akan dapat basikal baharu yang sama kerana saya nak juga gunakan basikal itu pada Sukan Asia dan seboleh-bolehnya pada Kejohanan Dunia.

“Kejohanan dunia amat penting buat saya kerana ia menawarkan mata kelayakan Olimpik paling tinggi. Untuk Sukan Asia, saya perlukan basikal baharu, kalau boleh macam yang sedia ada sebab perasaan bila menunggangnya sangat berlainan. 

“John beritahu saya, mereka akan mengusahakannya. Kali ini saya mahu lebih banyak, saya tidak mahu hanya satu (sebuah), sebab kalau jadi apa-apa, saya tidak mahu menanggung sebarang risiko,” kata Shah Firdaus.

Ketua jurulatih basikal trek negara, Beasley berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan anak didiknya akan memperoleh basikal baharu sebelum Sukan Asia Hangzhou, China membuka tirai pada September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI