fbpx

Money Lisa terus bersinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA

Gemerlapan karier solo ahli kumpulan Blackpink, Lisa terus memuncak apabila mendakap kejayaan berterusan menerusi lagu hitsnya berjudul Money yang merentas pelbagai platform muzik.

Terbaharu, lagu tersebut telah mencipta rekod baharu dalam Spotify, sekali gus meletakkan kedudukannya sebagai artis solo paling hebat di Asia.

Menurut rekod Spotify, lagu Money setakat ini telah mengumpul lebih 38.9 juta penstriman dalam Spotify Thailand, sekali gus diangkat menjadi Lagu Paling Banyak Strim Sepanjang Zaman dalam platform tersebut.

Pencapaian cemerlang tersebut sekali lagi menyerlahkan potensi solo Lisa yang mengagumkan dan mempunyai daya tarikan global.

Terdahulu, lagu Lalisa nyanyiannya meraih Album Pertama dalam K-pop Soloist yang melepasi satu bilion penstriman dalam sejarah Spotify.

Mengikut ramalan, menjelang akhir tahun ini, Money akan menjadi lagu pertama dalam sejarah K-pop Soloist yang melepasi satu bilion penstriman menerusi platform Spotify.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI