fbpx

Kerajaan tidak zalim, nafi hak rakyat di negeri pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua dari kanan) meninjau pembinaan Masjid At-Taqwa, Alor Pasir di Tumpat hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

TUMPAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berlaku zalim sekali gus menafikan hak rakyat dalam menyalurkan bantuan kepada negeri pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun berbeza perpesktif politik, rundingan dan perbincangan telah diadakan untuk salurkan pelbagai peruntukan kepada negeri Kelantan.

“Saya jadi Perdana Menteri dan tidak mahu zalim, nafikan hak (rakyat). Saya tidak mahu menyeksa orang, fitnah orang dan buat tuduhan palsu atau sumbat ke dalam penjara kerana saya telah lalui semua itu.

“Sekarang ini, runding molek-molek (berbincang). Apa yang boleh diselesaikan, kita selesaikan, jangan membebankan rakyat,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Perdana Menteri Bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa, Alor Pasir di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam tempoh tujuh bulan menjadi Perdana Menteri, ia merupakan peruntukan paling besar disalurkan kepada masjid apabila menyalurkan dana sebanyak RM7.76 juta untuk menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir.

Menurutnya, Kelantan merupakan negeri yang menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan Madani yang turut dinikmati negeri pembangkang lain antaranya negeri Kedah.

“Di Kelantan contohnya, isu bekalan air dan banjir turut diutamakan kerana ia membabitkan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI