fbpx
FAM perlu berwajah baharu demi mengembalikan keyakinan semua pihak terhadap badan induk bola sepak negara.

EGM FAM: Fokus utama kembalikan keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEKAS Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali berharap Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) esok akan membawa pembaharuan positif dalam usaha mengembalikan semula keyakinan ahli gabungan.

Menurut Safee, perubahan dalam struktur organisasi mampu membantu mengembalikan keyakinan pemegang taruh terhadap hala tuju bola sepak negara selain membuka ruang kepada idea dan perancangan yang lebih segar.

Malah, bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu turut berharap sekarang adalah masa untuk muka-muka baharu diberikan peluang untuk menerajui pucuk pimpinan badan induk sukan No. 1 negara itu.

“Pada pandangan saya, kita memerlukan muka baharu yang lebih segar untuk mengembalikan kepercayaan kepada tampuk pimpinan dan organisasi bola sepak kita.

“Mungkin dengan beberapa muka baharu dalam badan organisasi, ia boleh memberi nafas baharu serta merubah segala perancangan dalam bola sepak kita,” katanya.

Bagaimanapun, Safee menegaskan sebarang perubahan perlu dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi statut serta perlembagaan yang telah digariskan.

“Dari segi AFC, statut dan perlembagaan, kita sudah ada garis panduan yang jelas.

“Apa yang penting adalah kita bergerak ke hadapan dan melakukan perubahan yang boleh menjadikan keadaan lebih baik untuk pasukan negara kita,” ujarnya.

Difahamkan, Kongres Pemilihan FAM dijangka berlangsung sekitar September depan tertakluk dengan kelulusan ahli gabungan pada EGM esok.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN