fbpx
HAMIDIN

EGM FAM: Jawatan Presiden Kehormat sudah tidak relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAWATAN Presiden Kehormat dalam struktur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah tidak relevan dan bakal dimansuhkan menerusi cadangan pindaan statut yang bakal dibentangkan pada Kongres Luar Biasa badan induk bola sepak negara itu, esok.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John mendedahkan cadangan pemansuhan jawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan tadbir urus bola sepak selaras dengan yang dilakukan oleh negara hebat di rantau Asia.

Menurut Windsor, jawatan Presiden Kehormat tidak lagi dipraktikkan oleh AFC mahupun di peringkat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana dianggap tidak lagi relevan dalam era profesional masa kini.

“Itu (pemansuhan jawatan Presiden Kehormat) juga adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan.

“Perkara ini tidak dipraktikkan lagi. AFC pun tidak ada, FIFA pun tidak ada. Dalam era bola sepak profesional sekarang, jawatan kehormat seperti itu memang sukar ditemui,” katanya.

Windsor menjelaskan, kebanyakan badan bola sepak utama dunia kini lebih cenderung menubuhkan kumpulan penasihat atau majlis bekas pemimpin berbanding memberikan kedudukan khas kepada seorang individu.

“Dulu memang ada. FIFA pernah ada, AFC pun pernah ada. Tetapi, apabila statut berubah dan bola sepak menjadi lebih moden, pelantikan seperti itu tidak lagi diamalkan.

“Ia sudah tidak relevan dan tidak lagi dipraktikkan dalam kebanyakan organisasi bola sepak (di dunia),” ujarnya.

Sebagai rekod, Tan Sri Hamidin Mohd Amin dipilih menjadi Presiden Kehormat FAM selepas diumumkan dalam EGM badan induk itu, tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN