fbpx

Tze Yong perlu buru kelompok 16 teratas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG tidak terjejas dengan peletakan jawatan Choong Hann dan programnya akan berjalan seperti biasa dalam usaha layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

KETIADAAN bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Aka­demi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann tidak memberi kesan besar terhadap perkembangan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong.

Jurulatih perseorangan lela­ki negara, Hendrawan berkata, tidak ada sebarang perubahan terhadap program latihan pemain yang berada di ranking ke-21 dunia itu dalam usaha dia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan Choong Hann menjelaskan, fokusnya sekarang adalah untuk membantu Tze Yong mencapai potensi sebenar selain terus mengutip mata kelayakan ke Olimpik.

“Ia (program latihan) berjalan seperti biasa kerana kita tahu dia (Tze Yong) ada menunjukkan peningkatan, namun sebenarnya kita tahu belum cukup. Masih ada kekurangan dan ia perlu di­perbaiki.

“Progres serta latihan Tze Yong memang saya kendalikan. Sebelum ini Choong Hann tidak terlibat sangat, cuma mengenai laporan prestasi memang beliau tahu mengenainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, peminat-peminat sukan badminton negara dikejutkan dengan keputusan Choong Hann untuk meninggalkan badan induk itu selepas memulakan khidmatnya bersama ABM sejak 2018.

Sementara itu, Hendrawan menganggap sudah tiba masanya untuk Tze Yong mula mencipta sesuatu dalam setiap kejohanan disertai kerana tidak mahu pe­nyertaannya hanya dilihat sekadar memenuhi kuota.

“Sekarang dia berada di ke­dudukan 20 lebih, jadi tidak boleh lagi hanya sekadar menyer­tai kejohanan. Dia perlu ada keputusan sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir atau dapatkan gelaran.

“Berhubung layak atau tidak (ke Olimpik), dia perlu berada dalam kelompok 16 teratas dunia. Kita masih berada di awal saingan (kelayakan), jadi masih ada masa untuk cuba masuk dalam kelompok 16 itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI