fbpx

Arsenal belum sedia mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE menjadi pemain buruan Arsenal yang sudah meningkatkan tawaran kepada West Ham selepas bidaan pertama ditolak. - AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan mengemukakan bidaan baharu berjumlah £100 juta (RM590.16 juta) dengan harapan West Ham United bersetuju untuk melepaskan khidmat Declan Rice selepas tawaran pertama mereka ditolak.

The Gunners memberikan tawaran pertama sebanyak £90 juta (RM531.15 juta), namun ia tidak dipersetujui oleh The Hammers menyebabkan mereka segera membuat tawaran kedua yang lebih baik.

Tawaran pertama berkenaan difahamkan melibatkan komponen wang tunai berjumlah £80 juta (RM472.13 juta), manakala £10 juta (RM59.02 juta) lagi hanya akan diberi berdasarkan persembahannya di Emirates.

Tawaran baharu berkenaan juga dikatakan menggunakan formula yang sama, ia melibatkan peningkatan bernilai £10 juta untuk wang tunai yang bakal diterima West Ham, manakala bakinya masih bergantung kepada aksinya.

Bagaimanapun, sumber mendedahkan bahawa perpindahan berkenaan tidak bergantung kepada nilai berkenaan sahaja sebaliknya ia melibatkan beberapa perkara lain termasuk terma peribadi yang perlu dipersetujui oleh Rice.

Laporan akhbar di London turut mendedahkan bahawa Arsenal mahu menyelesaikan pembayaran perpindahan berkenaan secara ansurans dan West Ham mahu mendapatkan jaminan bahawa bayaran berkenaan dilakukan untuk tempoh dua kali sahaja sebelum 2025.

Struktur pembayaran yang ditawarkan oleh Arsenal dikatakan tidak dipersetujui oleh West Ham apabila The Gunners mahukan tempoh ansuran berkenaan yang lebih panjang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI