fbpx

Wanita hina anggota polis pangkat rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang wanita mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anggota polis tular di media sosial, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi 25 saat itu, individu berkenaan yang dipercayai merupakan seorang pegawai polis dilihat meninggikan suara terhadap anggota polis lelaki.

“Kau jadi pegawai dululah lans koperal, lans koperal berlagak macam apa pangkat dahlah rendah,” katanya.

Wanita itu juga dilihat merakam wajah kedua-dua anggota polis sambil mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan tersebut.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah medan selera di sekitar Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor, ketika dua anggota polis yang turut dirakam di dalam video berkenaan sedang membuat rondaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI