fbpx
Soccer Football - Premier League - Manchester City v Chelsea - Etihad Stadium, Manchester, Britain - May 21, 2023 Manchester City's Ilkay Gundogan lifts the trophy as he celebrates with teammates after winning the Premier League Action Images via Reuters/Lee Smith

Man City tunjuk taring, tenggelamkan ‘The Red Devil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK sekian lama, Manchester, England lebih dikenali disebabkan kelab bola sepaknya, Manchester United terutamanya dalam kalangan peminat sukan di seluruh dunia. Apa tidaknya, kelab itu telah mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) cukup lama.

Malah pada ketika itu, pengurus United, Sir Alex Ferguson sendiri pernah melabel pesaing terdekat kelabnya hanya Liverpool, Arsenal dan Chelsea.

Namun sejak lima tahun kebelakangan ini, musuh setempat United yang pernah dilabel sebagai ‘adik’, Manchester City mula menunjukkan taring sebenar apabila mula mendominasi saingan bola sepak England, sekali gus menenggelamkan The Red Devils.

Terbaharu, City berjaya meraih gelaran yang paling diidam-idamkan oleh peminat mereka iaitu Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan kelab Itali, Inter Milan 1-0 pada aksi final di Istanbul, Turkiye.

Kejayaan itu melengkap musim gemilang The Citizens apabila berjaya meraih treble (tiga gelaran dalam satu musim) iaitu kejuaraan EPL, Piala FA dan UCL.

Ini membolehkan City menyamai rekod yang se­ring dibangga-banggakan peminat fanatik United yang meraih treble pada musim 1998/99 ketika di bawah bimbingan Ferguson.

Biarpun ramai mengaitkan kejayaan City ini dengan pelaburan besar yang dibuat oleh jutawan dari Asia Barat, namun kejayaan itu tidak dicapai sekelip mata dengan hanya berbelanja besar untuk membeli pemain.

Sekiranya wang menjadi penentu kejayaan, perkara sama boleh dilakukan oleh Malaga yang mendapat pelaburan besar Qatar pada 2010, namun kelab itu gagal.

Malah, lapan tahun selepas pelaburan itu, Malaga tersingkir daripada La Liga. Ini menunjukkan wang bukanlah segala-galanya jika tidak ada peranca­ngan hebat.

Hakikatnya, kejayaan City ketika ini hasil sentuhan magis pengurus, Pep Guardiola mengatur strategi serta kebijaksanaan beliau membelanjakan wang untuk mendapatkan pemain-pemain tepat buat pasukan seperti Erling Haaland dan Ilkay Gundogan.

Selepas kejayaan luar biasa yang diraih City pada musim ini, penulis menjangkakan kelab berkenaan mampu meneruskan dominasi di pentas domestik dan Eropah dalam tempoh sedekad akan datang.

Justeru, penulis juga merasakan jumlah peminat pasukan berkenaan yang sebelum ini ‘suam-suam kuku’ akan bertambah dengan banyaknya di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Siapa tidak mahu jadi peminat kepada pasukan hebat yang pada setiap tahun boleh memenangi piala? Jadi, tidak hairanlah ramai peminat Chelsea, Arsenal dan United mula menjadi ‘lalang’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN