fbpx

Isu penjualan Kidzania Singapore oleh Khazanah akan dibincang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan penduduk setempat ketika menunaikan solat jumaat di Cyberjaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Isu penjualan Kidzania Singapore pada harga tidak masuk akal oleh sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), akan dibincangkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengadakan mesyuarat dan pertemuan dengan Khazanah bagi membincangkan lanjut isu penjualan itu.

“Yang (perkara) itu kita mesyuarat dulu,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Khazanah dikatakan menjual Kidzania Singapore pada harga tidak masuk akal kepada pengendali taman tema, Sim Leisure Group baru-baru ini pada harga SG$110,000 (RM379,398).

Difahamkan, Khazanah dan Boustead Holdings Bhd. melancarkan Kidzania di Singapura pada 2016 dengan suntikan modal SG$48 juta (RM165.52 juta) ke dalam projek itu.

Bagaimanapun, pengurusan buruk taman tema itu oleh Khazanah menyaksikan ia merekodkan pendapatan SG$15 juta (RM51.73 juta) dan kerugian selepas cukai SG$8.3 juta (RM28.63 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI