fbpx

Felix terpaksa terima hakikat memeritkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELIX terpaksa akur keinginannya untuk kekal di Chelsea tidak menjadi kenyataan apabila Pochettino tidak berminat dengan khdimatnya. – AFP

LONDON – Hasrat penyerang Atletico Madrid, Joao Felix untuk kekal di Stamford Bridge sebagai pemain Chelsea tidak kesam­paian apabila kelab tersebut tidak bersedia untuk mendapatkan khidmatnya.

Pengurus baharu The Blues, Mauricio Pochettino membuat keputusan untuk tidak mendapatkan Felix menyebabkan dia dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman sama ada ke Aston Villa ataupun Wolverhampton Wanderers.

Felix berada dalam tekanan ketika ini kerana dia mungkin menolak untuk kembali ke Atletico apabila tidak mempunyai hubungan yang baik dengan jurulatih pasukan itu, Diego Simeone serta kelab itu belum mampu untuk menanggung kos membawanya pulang.

Pengurus Villa, Unai Emery dilaporkan sudah meminati khidmat Felix sejak berada di Villar­real lagi, sementara ejennya, Jorge Mendes juga mempunyai hubu­ngan yang baik dengan Wolves sekali gus mewujudkan spekulasi berkenaan.

Laporan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab, malah Atletico telah membuat tawaran kepada Newcastle United ke­rana ia membantu mereka me­ningkatkan dana.

Sekiranya Felix tidak mampu meneruskan kariernya di ­England, gergasi Turkiye, Ga­latasaray dilaporkan bersedia untuk menawarkan tempat untuk pemain itu meneruskan karier­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI