fbpx

Goncang durian, antara tips pilih elak rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebuah akaun yang sering berkongsi tempat-tempat makan menarik, Malaysian Foods, berkongsi tips memilih buah durian dengan betul bagi tidak berlaku kerugian.

Menerusi perkongsian di Twitter, katanya, durian yang elok kebiasaannya berbunyi apabila digoncang kerana menandakan isi buah sudah matang dan kering.

“Selain itu, menurut pedagang durian, buah durian yang memiliki bentuk bulat memiliki jumlah isi yang lebih banyak berbanding durian lonjong.

“Perlu juga memilih durian yang lebih ringan kerana semakin besar berat buah, semakin besar bijinya dan isi nipis,” katanya.

Jelasnya, durian yang memiliki tangkai pendek dan tebal biasanya menandakan isi dalam durian tersebut tebal dan banyak.

“Durian yang memiliki tangkai yang sudah kering dan kecut pula menunjukkan durian tersebut sudah lama,” ujarnya.

Tambahnya, menghidu durian juga dapat membezakan raja buah itu sama ada elok atau sebaliknya kerana biasaannya durian yang bagus akan mengeluarkan bau yang manis dengan kombinasi aura pahit.

“Elakkan juga beli ketika musim hujan kerana bila musim hujan yang berangin, banyak buah durian gugur biarpun belum masak.

“Elakkan ditipu peniaga timbang kilo. Kalau nak beli durian pun kena ada ilmu juga supaya kita tak tertipu dengan penjual yang tidak jujur,” katanya menerusi ruangan kapsyen. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI