fbpx

Wanita OKU rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di rumah Senik yang ditemui rentung di Kampung Gong Datuk, Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Seorang wanita warga emas maut setelah rumah didiami hangus dalam kebakaran di Kampung Gong Datuk dekat sini hari ini.

Mayat mangsa, Senik Abdullah, 60, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan rentung di dalam biliknya pada pukul 12.20 tengahari.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Khairiri Mat Resad berkata, rumah jenis separuh kekal itu hangus 90 peratus akibat kebakaran tersebut.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.01 tengah hari dan tiba tiga minit kemudian dengan kekuatan 28 pegawai dan anggota dari tiga buah balai bomba.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati api marak dan sebahagian struktur rumah juga telah runtuh menyebabkan kerja-kerja menyelamat mangsa tidak dapat dilakukan,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Khairiri berkata, mayat mangsa ditemukan bersendirian di dalam sebuah bilik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa tinggal bersendirian di rumah setelah lima ahli keluarganya membawa adik mangsa berusia 52 tahun mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI