fbpx

Sultan Nazrin rasmi Kem Batalion 3 PGA Bidor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan dari Batalion 3 PGA sempena majlis perasmian Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak hari ini.

TAPAH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Terdahulu, baginda turut berkenan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai dari Batalion 3 PGA yang diketuai Deputi Superintendan Khairul Marwan Kahar.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyempurnakan lafaz perasmian diikuti menandatangani plak sebagai simbolik perasmian sebelum berangkat melawat pameran yang disediakan.

Sementara itu, Acryl Sani dalam ucapannya berkata, proses menaiktaraf Kem Batalion 3 itu melibatkan dua fasa pembinaan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM322 juta.

Katanya, fasa pertama pembinaan bermula pada Februari 2008 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2011 dengan menelan belanja sebanyak RM69 juta.

“Antara infrastruktur yang dibina bagi fasa pertama ialah dewan rekreasi, lapang sasar, sub-station Tenaga Nasional Berhad (TNB), loji rawatan kumbahan, 32 unit banglo kelas C, D dan E serta 173 unit rumah teres kelas F.

“Bagi pembangunan fasa kedua pula, ia dilaksanakan pada 15 September 2008 dengan menelan belanja sebanyak RM253 juta. Fasa kedua ini telah selesai sepenuhnya pada 16 Mei 2012,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI