fbpx

Mahkamah: Dua peniaga didakwa palsukan permit beli bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEE CHANG (kiri) dan Wee Keng (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Kluang hari ini atas pertuduhan memalsukan permit khas pembelian bahan api, 1 April lalu.

KLUANG – Dua peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan melakukan kesalahan memalsukan permit khas pembelian bahan api, awal April lalu.

Tertuduh, How Chee Chang, 48, membuat pengakuan bersalah manakala Chan Wee Keng, 47, pula mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Berdasarkan kertas pertuduhan, How Chee Chang dan Chan Wee Keng telah menggunakan sebagai tulen satu dokmen iaitu permit khas barang kawalan berjadual yang diketahui pada masa menggunakannya adalah satu dokumen palsu.

Kesalahan dilakukan kira-kira pukul 11.11 pagi di sebuah stesen minyak petron Amirah Ali Solution Jalan Mersing, Nombor 264 Jalan Mersing, Kluang.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli dan Wee Keng diwakili Muhammad Fadzly Abu Bakar manakala Atuffah Said mewakili Chee Chang.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh diberikan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Mustaqim Sukarno turut menetapkan tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen pada 2 Ogos akan datang serta tarikh jatuh hukum kepada Chee Chang, manakala tertuduh membayar ikat jamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI