fbpx

Lelaki maut ditembak dalam kedai telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang maut ditembak dalam insiden tembakan di Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, Subang Jaya, tengah hari tadi.

SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut ditembak oleh tiga individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 petang itu, mangsa berusia 32 tahun, mempunyai rekod jenayah samun serta curi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa didatangi tiga lelaki bangsa tidak pasti yang masuk ke dalam premis berkenaan.

Menurut beliau, dua daripada tiga suspek berkenaan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Tembakan itu menyebabkan mangsa terlantar dalam keadaan berdarah akibat kesan tembakan. Satu laporan polis dibuat seorang lelaki mengenai kejadian tersebut sebelum pihak kami tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Azlan, pihak forensik hadir ke tempat kejadian dan menemui dua kelongsong peluru, serpihan peluru dan anak peluru (masing-masing satu).

“Selain itu, dua swab darah dan sepasang selipar di temukan di tempat kejadian. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya ditalian 03-78627100.

“Atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Ahmad Faizal Shaikh Ab. Rahim di talian 019-7506606. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI