fbpx

Tiga melecur kereta meletup sebelum terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang meletup sebelum terbakar di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun melecur apabila kereta dinaiki mereka meletup lalu terbakar di Taman Industri Ringan Sri Mergong, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar memberitahu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.31 tengah hari tadi.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun melecur sebanyak 80 peratus manakala seorang lagi wanita berusia 36 tahun melecur 30 peratus.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang turut berada di dalam kenderaan itu didapati melecur kira-kira 95 peratus, manakala kereta jenis Proton Wira tersebut terbakar 60 peratus.

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan orang awam dan pemilik kedai berhampiran menggunakan pemadam api. Pihak bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan bagi memastikan api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI