fbpx

Polis rampas rokok, minuman keras tanpa cukai bernilai RM7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan rokok disyaki tanpa cukai di Kawasan Industri Parit Tinggi di Kuala Pilah diserbu polis awal pagi semalam.

SEREMBAN – Sebuah kilang yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan rokok disyaki tanpa cukai di Kawasan Industri Parit Tinggi di Kuala Pilah, diserbu polis awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Pilah membuat tangkapan ke atas lima orang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 20-an.

“Hasil pemeriksaan dan rampasan di dalam kilang menjumpai sebanyak 1075 kotak besar rokok, 57 guni mengandungi rokok kretek, 3192 tin beer dan 278 botol arak.

“Turut dirampas dkenderaan yang disyaki digunakan oleh saspek iaitu sebuah kereta, sebuah van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori. Jumlah keseluruhan rampasan ini bernilai RM7 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir,  kesemua suspek direman selama lima hari bermula hari ini hingga 7 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI