fbpx

Dewan Rakyat: Keputusan benar MSM, CSR jual gula premium untuk elak harga gula rakyat naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin

KUALA LUMPUR – Keputusan bagi membenarkan dua syarikat gula tempatan, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) mengeluarkan gula putih bertapis jernih (gula premium) adalah bertujuan memastikan harga runcit gula putih kasar dan halus tidak dinaikkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut adalah juga bertujuan membantu dalam menampung kerugian dua syarikat terbabit akibat lonjakan kos pengeluaran gula yang ketara.

“Kerajaan juga mengambil kira beban kewangan yang perlu ditanggung jika memperkenalkan subsidi gula untuk mengekalkan harga kawalan runcit gula putih dan halus atau dipanggil gula rakyat.

“Menerusi kebenaran penjualan gula premium kepada MSM dan CSR, kerajaan dapat mengekalkan harga kawalan runcit gula rakyat pada kadar semasa, selain menambah pilihan produk gula dalam pasaran tempatan kepada pengguna.

“Kos pengeluaran gula ketika ini meningkat kepada RM3.73 sekilogram akibat harga gula mentah dunia melonjak sehingga 134 peratus bulan lalu, selain harga gas asli dunia naik sebanyak 143 peratus bagi tempoh sama.

“Situasi itu menyebabkan MSM dan CSR mengalami kerugian kerana kos pengeluaran gula rakyat ketika ini adalah 31 peratus lebih tinggi berbanding harga kawalan runcit RM2.85 sekilogram (gula kasar) dan RM2.95 sekilogram (gula halus) yang ditetapkan kerajaan,” katanya ketika memberi penerangan mengenai kebenaran pengeluaran gula putih bertapis jernih di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI