fbpx

Ramai serbu Terengganu rasai pengalaman candat sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN pencandat sotong menunjukkan hasil tangkapan mereka di Jeti Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Berita lambakan sotong di perairan Terengganu pada musim mencandat kini memberi limpahan rezeki buat pemilik bot nelayan di negeri ini.

Tempahan bot untuk mencandat sotong terutama kumpulan dari luar Terengganu telah me­ningkat mendadak sejak akhir bulan lalu.

Seorang nelayan, Ahmad Fadil Nur Ghani, 33, dari Kampung Batin, Seberang Takir, di sini berkata, kadar sewaan sebuah bot pada musim mencandat ini ditetapkan pada RM1,700.

Dia berkata, caj itu meliputi sewaan bot dan peralatan mencandat, upah tekong dan pembantu serta perkhidmatan memasak.

“Lazimnya setiap trip akan bertolak dari jeti pada pukul 3 petang dan mereka akan menghabiskan masa di tengah laut untuk mencandat sotong antara 15 hingga 24 jam.

“Walaupun kadar sewaan bot tahun ini naik sedikit, rata-rata pelanggan saya puas hati kerana boleh membawa pulang banyak sotong,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi nelayan, Mohd. Fazillah Baharuddin, 41, dari Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu pula berkata, rata-rata pelanggan yang mencandat dengan botnya mampu membawa pulang sehingga setengah tan sotong bagi setiap trip.

“Pada waktu kemuncak musim ini, sotong memang banyak berenang di perairan Terengganu.

“Kalau dapat bertemu lubuk sotong dan tepat pada masanya, hasil memang lumayan,” katanya.

Mohd. Fazillah mengakui tidak menang tangan menerima tempahan sewaan bot termasuk daripada badan korporat di ibu negara.

Jelas beliau, tempahan bagi bot nelayan kelas A juga hampir penuh sehingga bulan depan.

“Nampaknya saya dan awak-awak akan kurang turun ke laut pada musim mencandat ini ke­rana kebanyakan bot kami telah disewa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI